PERSATUAN PENEMPATAN DAN PEMULIHAN PENJARA (PEMAAF)

Aktif sejak Jan 25, 2023

Tentang Penganjur

Pertubuhan Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara atau lebih dikenali sebagai PEMAAF secara sah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada 20 Disember 2020. NGO yang diasaskan oleh sekumpulan anak muda yang diketuai oleh Pengerusi Mohd Shahirul Khalid Bin Mohamad ini sudah mula aktif menjalankan aktiviti sejak awal 2018 dan mula beroperasi sepenuhnya setelah didaftarkan pada 2020. Sehingga kini, PEMAAF mempunyai 20 orang organisasi yang bertugas secara sukarela untuk memastikan kelancaran pengurusan program dan tanggungjawab sosial yang lain. Objektif utama PEMAAF adalah memfokuskan kepada pembangunan asnaf dan sukarelawan anak muda juga golongan yang terpinggir oleh masyarakat yang tergolong dari kalangan bekas-bekas banduan yang telah dibebaskan dari penjara serta gelandangan. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dan swasta serta badan-badan sukarela untuk menjalankan aktiviti membantu masyarakat di dalam mengatasi masalah sosial. Mengadakan pusat rawatan islam yang membantu merawat pelbagai jenis penyakit dan gangguan makhluk halus.Membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dalam bentuk yang bersesuaian. Memberikan perlindungan kepada pesakit- pesakit HIV lelaki islam di bawah pusat perlindungan HIV. Mengadakan kursus-kursus motivasi yang bersifat keagamaan dan akhlak secara berkala kepada masyarakat islam dengan syarat mendapat kebenaran pihak berkuasa berkaitan. Menggalak dan menyedarkan masyarakat agar menjadi masyarakat berilmu dengan budaya rajin membaca. Menjalankan aktiviti-aktiviti untuk menambahkan dana persatuan bagi mencapai objektif dengan syarat mendapat kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa berkaitan. Untuk membeli, memajak, menyewa atau memiliki hartanah untuk kegunaan pertubuhan selaras dengan tujuannya.Menerima sumbangan dari pihak kerajaan, swasta dan orang ramai untuk persatuan menjalankan aktiviti selaras dengan objektifnya. Untuk menjalankan perniagaan dengan syarat semua wang dan keuntungan yang didapati oleh pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan pertubuhan ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli pertubuhan. Sungguh pun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya sekali kepada sebarang ahli atau pekerja pertubuhan ini.Harapan PEMAAF adalah untuk memperluas dan memperkasakan penglibatan anak muda dalam aktiviti sukarelawan dan kebajikan dalam dan luar negara.

...

24-G JALAN REKO SENTRAL 4,REKO SENTRAL
pemaafmalaysia@gmail.com
173008048

Senarai Kempen

Tiada kempen tersedia buat masa ini.

Bersama Aaminkan Doa Penyumbang

  • Hamba Allah

    13 minit yang lepas

    "Assalamualaikum. Semoga sedekah saya diterima disisi Allah. Semoga dengan sedekah ini akan menjadi asbab saya dipermudahkan semua urusan didunia dan diakhirat. Mohon doakan saya berjaya didunia dan di..."

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    36 minit yang lepas

    "Moga kmi 1 family sihat selalu Moga kmi dpt rumah sendiri Moga kmi dmurahkn rezeki yg halal Moga kmi mati dlm iman ya Allah Aamiin ya Allah 🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    36 minit yang lepas

    "Semoga Allah memberi kesihatan kepada sy sekeluarga dimurahkan rezki supaya sentiasa dapat sedekah harta ke jalan Nya."

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    58 minit yang lepas

    "Ya ALLAH permudahkan segala urusan ku dan keluarga ku pertemukan jodohku dan matikan ku dalam khunulqatimah. Amin"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • KHAIRULANWAR

    1 jam yang lepas

    "Doakan lutut mak saya yong siew jin sihat seperti orang biasa dan doakan anak saya khalid rizky Hilang batukx2 dan hilang kahakx2 yg susah hilang di badan dia . semoga mereka sihat seperti biasa . do..."

    0 orang mengaminkan doa ini

  • NURIDAHWATI BINTI SALANIN

    1 jam yang lepas

    "Ya Allah sembuhkanlah penyakit ganguan saraf dan buangkan semua energy negetif dalam tubuh badan aku, sihatkan tubuh badan aku dari segi rohani dan fizikal. Permudahkan semua urusanku, urusan suami da..."

    0 orang mengaminkan doa ini

  • NORMAIAZURA BINTI DARUS

    3 jam yang lepas

    "Dapat pekerjaan semula n diberikan kesihatan yg sihat n dilimpahkan rezeki yg berkat..aamiin"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • CS

    5 jam yang lepas

    "SembuhkaN pinggangku ya rabb"

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    5 jam yang lepas

    "Semoga semua berjalan lancar dan doakan saya sekeluarga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang berkat."

    0 orang mengaminkan doa ini

  • Hamba Allah

    6 jam yang lepas

    "Tolong doakan semoga ayah saya diberikan kesihatan semula dan tolong doakan semoga Allah limpahkan lagi rezeki saya dan anak² seperti air zam² yg x pernah habis dan x pernah putus agar dengan rezeki i..."

    0 orang mengaminkan doa ini